TIPS MEMILIH JARUM BEKAM
Mungkin ada
di antara anda yang masih keliru bagaimana untuk memilih jarum yang sesuai.
Disini “pakar
alat bekam” akan kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna untuk anda.
PEMILIHAN
SAIZ
Jarum bekam
mempunyai berbagai saiz iaitu:
1) Saiz 21G=Mata jarum yang paling lebar.
Menurut
guru-guru bekam atau jurubekam berpengalaman, Jarum saiz ini paling
sesuai digunakan untuk pembekaman kerana:
a) Matanya yang lebar lebih dekat kepada
menyerupai sayatan.
b) Luka yang dihasilkan sesuai untuk
pengeluaran darah toksin/stasis/rosak dengan lebih baik. Begitu juga
bahan-bahan toksin di dalam darah seperti histamine dll dapat dikeluarkan tanpa
tersekat.
2) Saiz 23G=Sederhana lebar
Dikatakan saiz ini seseuai untuk pembekam di
muka. Walaupun begitu ramai juga yang suka menggunakan saiz 21G
3) Saiz 28G=Saiz yang paling kecil.
Saiz ini selalu digunakan di farmasi atau
klinik untuk pemeriksaan diabetes, kolesterol dan lain-lain.
Ianya tidak dicadangkan untuk pembekaman
lebih-lebih lagi kepada mereka yang menghidap penyakit darah tinggi. Biasanya
pesakit darah tinggi darahnya agak pekat.
KESIMPULANNYA:
Anda jangan keliru dengan no yang kecil bermaksud saiz yang kecil.Ingat 21G
adalah saiz jarum yang paling besar.
Ingin
mengetahui cara pemilihan brand yang sesuai untuk anda????? Tunggu post akan
datang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments: